Monday, March 21, 2016

Selamat Hari Puisi Sedunia

Kalaulah wiski itu halal
aku berhenti menyeduh pahit kopi
tetapi kau pun tahu
sungai arak tak pernah mengalir
dalam kesementaraan dunia ini.

Kalaulah tatu itu halal
aku cacah seninya setiap satu
pada hari-hari kesakitanku
tetapi kau pun tahu
telah sempurna sebaik-baik kejadian.

Kalaulah 'Ice" itu halal
aku nikmati khayalnya
mencintai kau tak termilikkan
tetapi kita lebih tahu
siapa yang berhak memiliki.

Catatan Keluhan. 21/3/16

Thursday, February 4, 2016

'Duh, Rindu Sajadah'

Sesekali bertanyalah dalam diri
mengapa dalam rukun solat
tunduk ruku' mesti sekali
tetapi bersujud dua kali

Apakah saat dahi mencecah sejadah
wujud keterdekatan yang mengucup fitrah
deritakau terganti dengan sabar
dan syukur
hatikau merasa syahdu.

Dinihari itu rebelmu mengeluh
'Duh, rindu sajadah . . .'

Sunday, August 16, 2015

Selamat Berkarya Hai Seniman

Ketika di dalam dewan peperiksaan, kau bertanya kepada seorang invigilator, bolehkah kau beralih tempat dari duduk di tengah-tengah ke sisi paling tepi. Kau mahu damai. Kau mahu lelap sebenarnya.

Invigilator membenarkan kau berpindah tempat. Sempat dia mengucapkan, "Selamat berkarya hai seniman."